Monday, August 13, 2012

DI SEBALIK SECEBIS KAIN ITU

Muslimahku, kita melindungi aurat dan mengenakan hijab yang sempurna bukan kerana semakin ramai wanita melakukannya, terikut- ikut trend semasa dan mahukan pujian sebagai wanita solehah yang terpilih dan mulia. Tetapi,demi mencari keberkatan dengan mengikut cara para isteri Nabi dan Muslimah pada zaman Baginda S.A.W. yang merupakan sebaik- baik contoh teladan dan tuntutan buat Muslimah beriman. Baik berpurdah atau tidak, insafilah kita membawa syiar Islam di sebalik apa yang dipakai. Kita melindungi diri demi mencari redha Ilahi kerana sesungghunya Allah s.w.t. menghendaki pakaian untuk melindungi aurat itu juga merupakan penutup dan tabir pelindung daripada pandangan “mata” syaian durjana. Ia pemangkin rasa malu, penghindar cemburu melulu dan pemelihara maruah serta harga dirimu. Disebalik pakaian kita, suburkan rasa malu dengan menjauhi larangan-Nya dan berpegang erat dengan segala perintah-Nya. Sedarilah, malu itu sememangnya penentu nilai seorang Muslimah bertakwa dan beriman.Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka, AMIN..

Wednesday, August 8, 2012

MARHABAN YA RAMADHAN BULAN PENUH KEBERKATAN.

Ahlan wasahlan ramadhan..Alhamdulilah syukur ke hadrat ILLAHI..kerana memberikan ku kesempatan utk menyambut ramadhan tahun ini..Ya Allah..ampunilah segala dosa-dosaku yg lalu..terimah solatku dan amalanku ..hidup dan matiku hanya utkMU..Insyaallah,bulan ramadhan tahun ini..aku ingin memperbaiki setiap amalanku..smga Allah izinkan..