Tuesday, January 22, 2013

HIDUP SIHAT DENGAN CINTA


Belum sempurna akidah seseorang jika dia belum menyerahkan sepenuh cintanya kepada Allah. Allah tidak akan menganugerahkan kemanisan iman (iman yang teguh) kecuali setelah seseorang itu benar-benar mencintaiNya lebih dari segala-galanya.
Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud : Tiga perkara yang menjadikan kamu memperoleh kemanisan (kesempurnaan) iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya lebih dari selain keduanya.
CINTA YANG MENGHIDUPKAN FITRAH
Cinta sesama
-cinta secara tabii y muncul dari perasaan rahmah (belas kasihan) dan kasih sayang seperti ibu bapa,isteri,anak-anak dan keluarga..
Firman Allah bermaksud: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak – pinak.. (AL-IMRAN:14)
Mencintai Benda
-Cinta secara tabii atau fitrah seperti mencintai makanan dan minuman yang terbit lantaran takut ditimpa kelaparan dan kehausan.Mencintai harta kerana takut dihimpit kepapaan atau mencintai kesihatan lantaran takut diserang penyakit.
Mencintai pekara-perkara tersebut sehingga melupakan ALLAH dan tanggungjawab beribadah terhadapnya seperti berzakat dan bersedekah.Kerana mencintai secara berlebih-lebihan boleh membawa kepada perbuatan syirik dan melupakan Allah..
Dalam firman Allah maksudnya: Dan kamu tidak menggalakkan memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya). Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! (AL-FAJR:18-20)
Cinta yang sempurna
-Mencintai kesempurnaan,kenikmatan,keelokan dan kecantikan.
Seorang sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang sikapnya yang suka kepada kecantikan,lalu Nabi SAW memuji sikapnya itu asalkan tidak membawa kepada riyak dan pembaziran. Kemudian baginda menegaskan bahawa ALLAH itu cantik, Dia suka kepada kecantikan yang ditunjukkan oleh hambaNya sebagaimana sabda baginda: Allah itu cantik,ia sukakan kecantikan.
Manusia dianugerahkan oleh Allah dengan perasaan cinta, maka dengan itu juga, Allah tidak lupa menganugerahkan garis panduan dalam menghadapi persoalan cinta yang tertanam di lubuk jasad setiap insan.Dengan agamalah kita mampu mengawal persaan cinta, anugerah yang indah dengan penuh hikmah dan bijaksana. Kepada Allah lah wajar kita merujuk hakikat kecintaan yang asalnya memang dianugerahkan olehNya.
Dihiasakn (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu,iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak berimbun-timbun dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Hakikat Cinta
-ditujukan atau lahir atas dasar kebaikan yang ditonjolkan dan mencintai orang yang berlaku baik (orang yang beriman) seperti mencintai pengorbanan seorang sahabat, pertolongan seseorang di masa kecemasan dan seumpamanya.
Rasulluah SAW bersabda maksudnya: Tidak beriman seseorang kamu sebelum mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri. (HR.BUKHARI)
Dari Ibn Abbas RA berkata : Sesiapa yang mencintai  (saudara yang mukmin) kerana cintanya pada Allah, membenci (orang-orang kafir dan fasik)kerana mencintai Allah dan membenci (musuh-musuh) kerana cintanya pada Allah, maka dia akan diangkat menjadi waliullah kerana cintanya. Seseorang hamba tidak akan merasai kemanisan iman sekalipun banyak bersembahyang dan berpuasa sehingglah dia menjadi seperti itu (mencintai Allah)..

Sunday, January 20, 2013

I LOVE YOU


Mengenal cinta meraih ALLAH..
Sekiranya manusia tahu memanfaatkan perasaan cinta, di mana pemilik cinta itu tidak hanya menyerahkan cintanya pada harta benda,makanan ataupun kepada manusia sebaliknya menyerahkan rasa cinta itu kepada Allah, mereka akan berbahagia selama-lamanya. Mereka akan dianugerahkan dengan syurga Allah di mana mereka kekal di dalamnya.
Manusia yang menyerahkan cintanya kepada Allah, bukan kepada selain-Nya adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa (mutaqqin).. 

JALAN-JALAN KE NILAI

                                                   Masjid baru Nilai
                                               
                                           Giant Nilai
                                                              Tesco Nilai

                                               
                                                   Dataran Nilai