Syukur ke hadrat ILLAHI kerana memberi ku peluang untuk
menyambutnya pada kali ini..Semoga ramadhan pada kali ini membawa keberkatan
untukku..YA ALLAH, berikan lah hamabamu ni kesihatan yang baik, semoga aku
dapat menjalani ibadahku dengan baik..
Wednesday, July 10, 2013
Sunday, June 30, 2013
Wednesday, February 27, 2013
CARILAH CALON SUAMI YANG TAMPAN AKHLAKNYA
Jangan mencari calon suami yang tampan wajahnya.
Jangan mencari calon suami yang banyak hartanya.
Jangan pula mencari calon suami yang selalu diperebutkan para wanita.
Akan tetapi carilah seorang calon suami yang benar-benar halus tutur katanya.
Yang begitu mulia budi pekerti dan tampan akhlaknya.
Yang bisa memuliakan kaum wanita.
Yang benar-benar telah siap menjadi pemimpinmu.
Yang dapat membimbingmu untuk semakin dekat kepadaNya.
Yang dapat menuntunmu ke jalan yang diridhoiNya.
Yang bisa mengingatkanmu ketika engkau telah lalai dalam melaksanakan dan menjalankan kewajibanNya.
Yang bisa menyadarkanmu ketika engkau telah berbuat khilaf.
Yang bisa meluruskan kesalahanmu dengan penuh kelembutan.
Yang bisa menegurmu ketika engkau telah berpaling pada tanggung jawab dan kewajibanmu sebagai seorang isteri yang wajib taat pada suami dan RabbNya.
Yang bisa memaafkanmu dengan penuh keikhlasan jika engkau telah menjadi seorang isteri yang kufur.
Ketika engkau salah bukannya dia marah.
Ketika engkau khilaf bukannya dia memvonis.
Ketika engkau kufur bukannya dia meninggalkanmu.
Tapi sebaliknya,
Dia pantang menyerah untuk selalu membimbingmu,
Menuntunmu,
Mengajarimu,
Untuk kembali ke jalan yang benar.
Tuesday, February 26, 2013
BERDOALAH, MINTA DIPERMUDAHKAN
Jangan
remehkan orang yang berdoa, kerana mereka sedang meminta kepada Yang Maha Kuat.
Doa boleh menjadi jalan keluar di tengah-tengah kebuntuan upaya manusia.
Doa! Doa
bukanlah kebiasaan orang yang lemah. Ia merupakan senjata dan kekuatan orang
beriman. Bersihkan dan dekatkan diri kita kepada Allah, agar doa kita tidak
terhalang daripada-NYA..
Jika kita
menghadapi kesukaran, maka angkatlah tangan dan pohonkan kemudahan kepada-NYA.
Sekiranya kita selalu berusaha mendekatkan diri kepada-NYA, maka pada saat kita
mengangkat tangan berdoa *kesusahan* akan lari gementar ketakutan. Pada
akhirnya ia akan dikalahkan dan tempatnya akan digantikan dengan kemudahan.
Ada satu
nasihat yang indah berkenaan dengan hal ini. Nasihat ini mengingatkan bahawa jika
ada masalah yang menimpa diri, janganlah kita mengatakan, Wahai Tuhan, aku
mempunyai masalah besar. Tetapi katakanlah, Wahai masalah aku punya Allah Yang
Maha Besar.
Ketika
seorang yang beriman berdoa pada Tuhannya, maka dia berdoa dengan satu
keyakinan bahawa sebesar mana pun kesusahan yang dihadapinya, maka kesusahan
dan masalah itu hanyalah sesuatu yang kecil di hadapan Tuhan. Dengan begitu
kesusahan akan dapat diatasi pada akhirnya.
Saya
beberapa kali menghadapi kesusahan yang besar. Kadang-kadang kesusahann itu
terasa begitu berat dan bagaikan tidak boleh dihadapi atau diselesaikan.
Keadaannya hampir menimbulkan putus asa. Tidak Nampak langsung jalan keluar di
hadapan. Semua jalan seolah-olah buntu dan tiada jalan ke luar. Tetapi saya
selalu ingat bahawa Allah tidak akan memberi beban melebihi apa yang boleh
ditanggung oleh seseorang.
Sewaktu
menghadapi masalah begitu, saya akan memperbanyakkan membaca ayat terakhir
surah al-baqarah. Ini untuk mengingatkan diri saya sendiri bahawa Allah memberi
kapasiti yang sama kepada diri seseorang dengan kesusahan yang dihadapinya.
Selain itu, pada ayat tersebut terkandung sebuah doa agar kita dijauhkan
daripada beban yang berat. Berikut ini maknanya:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.(Mereka berdoa dan berkata): Wahai
Tuhan kami! Janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami
tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah
engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau
bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!
Janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.
Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami,dan berilah rahmat
kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu, Tolonglah kami untuk mencapai
kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
Selain doa
yang ada pada ayat di atas, banyak doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW
untuk menghilangkan kesusahan..Berikut ini adalah doa yang diajarkan oleh
Rasulluah kepada kita:
Ya ALLAH! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan
mudah. Sedang yang susah dapat Engkau jadikan mudah, apabila Engkau
menghendakinya..(riwayat Ibn Hibban)
Jika kita
adukan kesusahan yang kita alami kepada manusia, belum tentu dia boleh menolong
kita. Tetapi jika kita meminta pertolongan kepada Yang Maha Kuasa, maka
insyaallah kita akn dibantu dengan cara terbaik menurut hikmah-NYA..
Jadi,
sudahkah anda berdoa kepada-NYA dengan sungguh-sungguh?
Kesimpulannya,
di sini marilah kita bermuhasabah diri dan check iman kita sama ada ok ataupun
tidak. Saya selalu ingatkan diri saya anggaplah ujian dr ALLAH itu menunjukkan
bahawa ALLAH cinta saya..Dan bila kita diterima ujian dr ALLAH..kita niatkanlah
dalam hati aku kuat kerana ALLAH. Bila kita buat macam ni..pasti hati kita jadi
tenang..So,banyakkanlah berdoa dan bersabar..
Wednesday, February 20, 2013
JUAL MAHAL: MENGAPA TAKUT JUAL MAHAL?
Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana?
Mungkin dibenak kita segala ketakutan
akan menyergap. Takut sepanjang hari, takut tidak ada cinta yang hadir lagi,
takut hidup menjadi rapuh dan tidak menarik lagi. Yakinlah kepada Allah, bila
saatnya tiba, semuanya akan tersedia.Kita hanya perlu menundanya sahaja, jangan
sekarang, tetapi esok sahaja.
Yang kita perlukan sekarang adalah
fokus kepada tujuan hidup kita. Menciptakan asas yang kuat untuk masa depan
yang lebih hebat. Kita hanya perlu bersabar. Yakinlah bahawa Allah telah menyediakan
kita putera atau puteri cantik dan terbaik sebagai jodoh kita. Berganding
selamanya dalam pelukan cinta yang dalam dan menghangatkan. Bersama menuju
redha dan keampunanNya.
Banyak orang berganti – berganti
pasangan dengan alasan mencari cinta yang sebenar. Tapi
bagaimana dengan mereka yang tidak berpengalaman bercinta?
Adakah mereka akan sukar untuk
mendapatkan cinta?
Tentu sahaja tidak. Sebab cinta itu
boleh diciptakan, boleh ditumbuhkan, cinta tidak hadir tanpa alasan. Sudah
banyak orang membuktikan perkara ini. Asal niatnya benar dan berusaha dengan
benar serta tawakkal pada Allah, maka tidak ada yang tidak mungkin. Sebab itu
digalakkan cinta selepas kahwin.
Ingatlah, siapa yang mencipta hati
kita? Adakah kita sendiri? Bukan.
Yang menciptakan hati kita
adalah Allah. Allah yang berhak untuk menumbuhkan rasa cinta dihati
kita. Kita hanya berikhtiar mencari seseorang yang cocok di hati, dan Allah
dengan kekuasaan-Nya akan membuahkan rasa cinta di hati kita. Adakah kita yakin
dengan perkara ini?
Pernah tak anda terjumpa seorang gadis
yang membenci separuh mati kepada ex-teman lelakinya? Segala sumpah seranah
keluar dengan lancang, caci-maki berlari tanpa henti. Seolah-olah tiada sedikit
pun kebaikan pada teman lelakinya.
Tetapi waktu berjalan dengan
perasaannya pun berubah perlahan-lahan. Rasa bencinya berubah menjadi rindu.
Rasa kecewanya berubah menjadi pasrah, ingin bertemu dan ingin selalu merindu.
Itulah keajaiban hati yang telah Allah tentukan.
Bukan kita yang menggerakkan hati tetapi Allah yang selalu hadir untuk kita. Bila kita meyakini perkara ini, maka
tidak akan ada ragu didalam hati. Tidak perlu risau jika cinta tidak kunjung
tiba. Tidak perlu gelisah bertanya kerana cinta itu ada untuk kita.
Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga
kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk
kita. Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita
hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.
Tak salah jual mahal time belajar ni,
yakinlah dengan jodoh Allah. Jual mahal bukan bererti sombong, tetapi bijak mengawal perasaan.
Letakkan cinta pada tempatnya. Jangan sampai menggelapkan mata dan hati. Untung
dan ruginya manusia dapat diukur daripada sikapnya terhadap waktu.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan menasihati
supaya mentaati kebenaran dan nasihat- menasihati supaya menetapi kesabaran” –
( al-Asr ayat 1 – 3 )
.
1. kerana cinta harus memilih (Ust.
Burhan Sodiq)
BELAJAR BAGAIMANA UNTUK MATI SECARA BAIK
mati secara baik
Tiada siapa boleh mengatakan dengan pasti bahawa esok dia
masih hidup” ( Euripides )
Kehidupan ibarat perjanjian kontrak. Di dalam perjanjian
kontrak, di dalamnya pasti terdapat tarikh akhir kontrak. Begitu juga di dalam
kehidupan, pada akhirnya apabila masa yang dijanjikan sampai, kita akan ditarik
nyawa dan pergi menemui Allah.
Mati Secara Baik
Dloh mengatakan dalam di dalam ‘hub’nya, “Memandangkan
kematian adalah salah satu pengakhiran kepada sebuah kehidupan seseorang, maka
kita perlu belajar bagaimana untuk mati secara baik”
Sekiranya mahu pergi meninggalkan dunia ini secara baik,
maka perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan menjalani kehidupan
ini secara baik. oleh itu, apa yang perlu kita pelajari untuk hidup secara
baik? Jawapannya adalah kita belajar untuk mencintai Allah, Nabi Muhammad dan
manusia.
Ramai manusia berjaya belajar mencintai Allah, tetapi gagal
mencintai sesama manusia. Ada yang boleh diberi markah 100% di dalam pergaulan
sesama manusia, tetapi solat selalu ditinggalkan. Maka ia masih boleh dikira
gagal hubungannya bersama Allah. Oleh itu, Rasulullah mengajarkan kepada kita
bagaimana caranya hidup dengan baik.
Pada suatu hari, semasa para sahabat sedang duduk di sisi
Rasulullah, tiba – tiba muncul lelaki yang memakai pakaian yang begitu putih,
berambut begitu hitam di hadapan mereka. Tidak kelihatan pada dirinya kesan –
kesan musafir dan tiada sesiapa di kalangan sahabat yang mengenalinya. Lalu dia
duduk menghampiri Nabi Muhammad. Dirapatkan kedua – dua belah lututnya ke lutut
Rasulullah. Diletakkan dua tapak tangan di atas paha Rasulullah, seraya
berkata, “Wahai Muhammad, terangkan kepadaku tentang Islam.”
Lalu Rasullah menjawab , “Islam itu adalah kamu bersaksi
bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, kamu
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan,
menunaikan haji ke Mekah sekiranya kamu mampu mengerjakannya.”
Lelaki itu berkata, “Kamu benar.” Maka kami berasa hairan
kepadanya, dia yang bertanya, dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya, “Terangkan kepadaku tentang iman.” Baginda
menjawab, “Iman itu adalah kamu percaya kepada Allah, para malaikat-Nya, para
rasul-Nya, Hari Kiamat dan kamu percaya kepada qadar yang baik dan buruk.”
Lelaki itu berkata, “Kamu benar.” Dia berkata lagi,
“Terangkan kepadaku tentang ehsan.”
Rasulullah berkata :
“Ihsan itu adalah kamu menyembah Allah, seolah-olah kamu
melihatnya. Sekiranya kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia
melihatmu.”
Berdasarkan hadis yang disampaikan oleh Ibnu Umar itu, maka
dapat disimpulkan, bagi hidup secara baik maka kita perlu mempunyai tiga
perkara iaitu Iman, Islam dan Ehsan. Dengan tiga perkara itu, kita akan terus
berjalan lurus diatas landasan kehidupan yang benar dan bakal menatijahkan
lorong kematian yang benar juga.
Mati itu boleh datang bila – bila masa sahaja , dan mereka
yang bersedia menghadapinya sentiasa mempertingkatkan amalan masing – masing.
Hati yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa takut kepada Allah dan akan
menimbulkan fokus dalam kehidupannya, iaitu segala – galanya adalah kerana
Allah.
Oleh itu, bukan mudah untuk mati dengan baik. Bagi mati
secara baik, kita juga perlu mempunyai kehidupan yang bermakna dan baik juga.
Semasa kita menentukan bagaimana kita menjalani kehidupan ini, secara tidak
langsung jalan yang kita pilih itu akan menentukan bagaimana kesudahan kematian
kita kelak.
Tuesday, February 19, 2013
HIDUP TENANG BERSAMA ALLAH
Tenang...
Tenangnya hati tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
Tenangnya jiwa tidak boleh dipinjam oleh sesiapa,
Tenangnya akal tidak dapat di capai dengan kekusutan dunia.
Tenangnya bersama Allah,
Ketika aku tidur, Engkau selalu jaga dan melihatku lena,
Ketika aku sakit, Engkau menghapus segala dosa-dosa yang
lama,
Ketika aku sesat, Engkau tarik aku kembali ke jalan-Mu,
Ketika aku sujud, Engkau hadirkan ketenangan dan harapan yang
baru.
Tenangnya bersama Allah,
Engkau penjagaku setiap masa,
Memerhati setiap gerak geriku,
Mengabulkan doa-doa ku,
Dan membuat ku rasa selamat.
Tenangnya bersama Allah,
Bila keyakinan terhadap Mu telah tinggi,
Maka aku tidak takut lagi,
Tidak takut untuk mencari-Mu ketika aku susah,
Tidak lupa untuk memuji-Mu ketika aku senang,
Dan tidak sanggup untuk aku mengulangi dosa dan maksiat
lama.
Tuhanku,
Aku rasa tenang bersama-Mu,
Dan aku ingin kembali untuk bertemu dengan-Mu,
Dalam keadaan yang Engkau redhai,
Kabulkanlah doa ini, Ya Rabb...
Sunday, February 17, 2013
MAKBULNYA DOA UWAIS
Hayati dan
fahamilah maksud doa ini..
Wahai tuhan kami..berilah kepada kami
perasaan takut kepada-MU yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan
berilah kami kesihatan yang menyampaikan kami ke syurga-MU dan berilah
keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia..Wahai tuhan kami..janganlah
jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu
kami dan janganlah engkau biarkan orang yang tidak takut menaruh kasihan belas
terhadap kami dapat menguasai ke atas kami..Wahai tuhan kami..selamatkan kami
dari segala penghinaan dan hukuman seksamu,ketika malam atau siang, ketika kami
tidur atau berada di suatu tempat yang tiada TUHAN bagi kami melainkan engkau
demi kebesaran wajah Engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarilah kami dari
segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berikanlah kemudahan kepada kami dengan
limpah kurnia-MU, Ya RABBI..
Tuesday, January 22, 2013
HIDUP SIHAT DENGAN CINTA
Belum
sempurna akidah seseorang jika dia belum menyerahkan sepenuh cintanya kepada
Allah. Allah tidak akan menganugerahkan kemanisan iman (iman yang teguh)
kecuali setelah seseorang itu benar-benar mencintaiNya lebih dari
segala-galanya.
Sabda Nabi Muhammad
SAW bermaksud : Tiga perkara yang menjadikan kamu memperoleh kemanisan
(kesempurnaan) iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya lebih dari selain
keduanya.
CINTA YANG
MENGHIDUPKAN FITRAH
Cinta sesama
-cinta
secara tabii y muncul dari perasaan rahmah (belas kasihan) dan kasih sayang
seperti ibu bapa,isteri,anak-anak dan keluarga..
Firman Allah
bermaksud: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada
benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak – pinak..
(AL-IMRAN:14)
Mencintai
Benda
-Cinta
secara tabii atau fitrah seperti mencintai makanan dan minuman yang terbit
lantaran takut ditimpa kelaparan dan kehausan.Mencintai harta kerana takut
dihimpit kepapaan atau mencintai kesihatan lantaran takut diserang penyakit.
Mencintai
pekara-perkara tersebut sehingga melupakan ALLAH dan tanggungjawab beribadah
terhadapnya seperti berzakat dan bersedekah.Kerana mencintai secara
berlebih-lebihan boleh membawa kepada perbuatan syirik dan melupakan Allah..
Dalam firman
Allah maksudnya: Dan kamu tidak menggalakkan memberi makanan (yang berhak
diterima oleh) orang miskin.Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus
(dengan tidak membezakan halal haramnya). Serta kamu pula sayangkan harta
secara tamak haloba! (AL-FAJR:18-20)
Cinta yang
sempurna
-Mencintai
kesempurnaan,kenikmatan,keelokan dan kecantikan.
Seorang
sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang sikapnya yang suka
kepada kecantikan,lalu Nabi SAW memuji sikapnya itu asalkan tidak membawa
kepada riyak dan pembaziran. Kemudian baginda menegaskan bahawa ALLAH itu
cantik, Dia suka kepada kecantikan yang ditunjukkan oleh hambaNya sebagaimana
sabda baginda: Allah itu cantik,ia sukakan kecantikan.
Manusia
dianugerahkan oleh Allah dengan perasaan cinta, maka dengan itu juga, Allah
tidak lupa menganugerahkan garis panduan dalam menghadapi persoalan cinta yang
tertanam di lubuk jasad setiap insan.Dengan agamalah kita mampu mengawal
persaan cinta, anugerah yang indah dengan penuh hikmah dan bijaksana. Kepada
Allah lah wajar kita merujuk hakikat kecintaan yang asalnya memang
dianugerahkan olehNya.
Dihiasakn
(dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini
nafsu,iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak
berimbun-timbun dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi
terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu
ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat
kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Hakikat
Cinta
-ditujukan
atau lahir atas dasar kebaikan yang ditonjolkan dan mencintai orang yang
berlaku baik (orang yang beriman) seperti mencintai pengorbanan seorang
sahabat, pertolongan seseorang di masa kecemasan dan seumpamanya.
Rasulluah
SAW bersabda maksudnya: Tidak beriman seseorang kamu sebelum mencintai
saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri. (HR.BUKHARI)
Dari Ibn
Abbas RA berkata : Sesiapa yang mencintai
(saudara yang mukmin) kerana cintanya pada Allah, membenci (orang-orang
kafir dan fasik)kerana mencintai Allah dan membenci (musuh-musuh) kerana
cintanya pada Allah, maka dia akan diangkat menjadi waliullah kerana cintanya.
Seseorang hamba tidak akan merasai kemanisan iman sekalipun banyak
bersembahyang dan berpuasa sehingglah dia menjadi seperti itu (mencintai
Allah)..
Sunday, January 20, 2013
I LOVE YOU
Mengenal
cinta meraih ALLAH..
Sekiranya
manusia tahu memanfaatkan perasaan cinta, di mana pemilik cinta itu tidak hanya
menyerahkan cintanya pada harta benda,makanan ataupun kepada manusia sebaliknya
menyerahkan rasa cinta itu kepada Allah, mereka akan berbahagia selama-lamanya.
Mereka akan dianugerahkan dengan syurga Allah di mana mereka kekal di dalamnya.
Manusia yang
menyerahkan cintanya kepada Allah, bukan kepada selain-Nya adalah tergolong
dalam golongan orang-orang yang bertaqwa (mutaqqin)..
Subscribe to:
Posts (Atom)