Wednesday, February 27, 2013

CARILAH CALON SUAMI YANG TAMPAN AKHLAKNYA




Jangan mencari calon suami yang tampan wajahnya.
Jangan mencari calon suami yang banyak hartanya.
Jangan pula mencari calon suami yang selalu diperebutkan para wanita.

Akan tetapi carilah seorang calon suami yang benar-benar halus tutur katanya.
Yang begitu mulia budi pekerti dan tampan akhlaknya.
Yang bisa memuliakan kaum wanita.
Yang benar-benar telah siap menjadi pemimpinmu.

Yang dapat membimbingmu untuk semakin dekat kepadaNya.
Yang dapat menuntunmu ke jalan yang diridhoiNya.
Yang bisa mengingatkanmu ketika engkau telah lalai dalam melaksanakan dan menjalankan kewajibanNya.

Yang bisa menyadarkanmu ketika engkau telah berbuat khilaf.
Yang bisa meluruskan kesalahanmu dengan penuh kelembutan.
Yang bisa menegurmu ketika engkau telah berpaling pada tanggung jawab dan kewajibanmu sebagai seorang isteri yang wajib taat pada suami dan RabbNya.
Yang bisa memaafkanmu dengan penuh keikhlasan jika engkau telah menjadi seorang isteri yang kufur.

Ketika engkau salah bukannya dia marah.
Ketika engkau khilaf bukannya dia memvonis.
Ketika engkau kufur bukannya dia meninggalkanmu.

Tapi sebaliknya,

Dia pantang menyerah untuk selalu membimbingmu,
Menuntunmu,
Mengajarimu,
Untuk kembali ke jalan yang benar.

Tuesday, February 26, 2013

BERDOALAH, MINTA DIPERMUDAHKAN



Jangan remehkan orang yang berdoa, kerana mereka sedang meminta kepada Yang Maha Kuat. Doa boleh menjadi jalan keluar di tengah-tengah kebuntuan upaya manusia.
Doa! Doa bukanlah kebiasaan orang yang lemah. Ia merupakan senjata dan kekuatan orang beriman. Bersihkan dan dekatkan diri kita kepada Allah, agar doa kita tidak terhalang daripada-NYA..
Jika kita menghadapi kesukaran, maka angkatlah tangan dan pohonkan kemudahan kepada-NYA. Sekiranya kita selalu berusaha mendekatkan diri kepada-NYA, maka pada saat kita mengangkat tangan berdoa *kesusahan* akan lari gementar ketakutan. Pada akhirnya ia akan dikalahkan dan tempatnya akan digantikan dengan kemudahan.
Ada satu nasihat yang indah berkenaan dengan hal ini. Nasihat ini mengingatkan bahawa jika ada masalah yang menimpa diri, janganlah kita mengatakan, Wahai Tuhan, aku mempunyai masalah besar. Tetapi katakanlah, Wahai masalah aku punya Allah Yang Maha Besar.
Ketika seorang yang beriman berdoa pada Tuhannya, maka dia berdoa dengan satu keyakinan bahawa sebesar mana pun kesusahan yang dihadapinya, maka kesusahan dan masalah itu hanyalah sesuatu yang kecil di hadapan Tuhan. Dengan begitu kesusahan akan dapat diatasi pada akhirnya.
Saya beberapa kali menghadapi kesusahan yang besar. Kadang-kadang kesusahann itu terasa begitu berat dan bagaikan tidak boleh dihadapi atau diselesaikan. Keadaannya hampir menimbulkan putus asa. Tidak Nampak langsung jalan keluar di hadapan. Semua jalan seolah-olah buntu dan tiada jalan ke luar. Tetapi saya selalu ingat bahawa Allah tidak akan memberi beban melebihi apa yang boleh ditanggung oleh seseorang.
Sewaktu menghadapi masalah begitu, saya akan memperbanyakkan membaca ayat terakhir surah al-baqarah. Ini untuk mengingatkan diri saya sendiri bahawa Allah memberi kapasiti yang sama kepada diri seseorang dengan kesusahan yang dihadapinya. Selain itu, pada ayat tersebut terkandung sebuah doa agar kita dijauhkan daripada beban yang berat. Berikut ini maknanya:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.(Mereka berdoa dan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami!  Janganlah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami,dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu, Tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
Selain doa yang ada pada ayat di atas, banyak doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menghilangkan kesusahan..Berikut ini adalah doa yang diajarkan oleh Rasulluah kepada kita:
Ya ALLAH! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah dapat Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya..(riwayat Ibn Hibban)
Jika kita adukan kesusahan yang kita alami kepada manusia, belum tentu dia boleh menolong kita. Tetapi jika kita meminta pertolongan kepada Yang Maha Kuasa, maka insyaallah kita akn dibantu dengan cara terbaik menurut hikmah-NYA..
Jadi, sudahkah anda berdoa kepada-NYA dengan sungguh-sungguh?

Kesimpulannya, di sini marilah kita bermuhasabah diri dan check iman kita sama ada ok ataupun tidak. Saya selalu ingatkan diri saya anggaplah ujian dr ALLAH itu menunjukkan bahawa ALLAH cinta saya..Dan bila kita diterima ujian dr ALLAH..kita niatkanlah dalam hati aku kuat kerana ALLAH. Bila kita buat macam ni..pasti hati kita jadi tenang..So,banyakkanlah berdoa dan bersabar.. 

Wednesday, February 20, 2013

JUAL MAHAL: MENGAPA TAKUT JUAL MAHAL?



Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana?



Mungkin dibenak kita segala ketakutan akan menyergap. Takut sepanjang hari, takut tidak ada cinta yang hadir lagi, takut hidup menjadi rapuh dan tidak menarik lagi. Yakinlah kepada Allah, bila saatnya tiba, semuanya akan tersedia.Kita hanya perlu menundanya sahaja, jangan sekarang, tetapi esok sahaja.
Yang kita perlukan sekarang adalah fokus kepada tujuan hidup kita. Menciptakan asas yang kuat untuk masa depan yang lebih hebat. Kita hanya perlu bersabar. Yakinlah bahawa Allah telah menyediakan kita putera atau puteri cantik dan terbaik sebagai jodoh kita. Berganding selamanya dalam pelukan cinta yang dalam dan menghangatkan. Bersama menuju redha dan keampunanNya.
Banyak orang berganti – berganti pasangan dengan alasan mencari cinta yang sebenar. Tapi bagaimana dengan mereka yang  tidak berpengalaman bercinta?
Adakah mereka akan sukar untuk mendapatkan cinta?
Tentu sahaja tidak. Sebab cinta itu boleh diciptakan, boleh ditumbuhkan, cinta tidak hadir tanpa alasan. Sudah banyak orang membuktikan perkara ini. Asal niatnya benar dan berusaha dengan benar serta tawakkal pada Allah, maka tidak ada yang tidak mungkin. Sebab itu digalakkan cinta selepas kahwin.
Ingatlah, siapa yang mencipta hati kita? Adakah kita sendiri? Bukan.
Yang menciptakan hati kita adalah Allah. Allah yang berhak untuk menumbuhkan rasa cinta dihati kita. Kita hanya berikhtiar mencari seseorang yang cocok di hati, dan Allah dengan kekuasaan-Nya akan membuahkan rasa cinta di hati kita. Adakah kita yakin dengan perkara ini?
Pernah tak anda terjumpa seorang gadis yang membenci separuh mati kepada ex-teman lelakinya? Segala sumpah seranah keluar dengan lancang, caci-maki berlari tanpa henti. Seolah-olah tiada sedikit pun kebaikan pada teman lelakinya.
Tetapi waktu berjalan dengan perasaannya pun berubah perlahan-lahan. Rasa bencinya berubah menjadi rindu. Rasa kecewanya berubah menjadi pasrah, ingin bertemu dan ingin selalu merindu. Itulah keajaiban hati yang telah Allah tentukan.
Bukan kita yang menggerakkan hati tetapi Allah yang selalu hadir untuk kita. Bila kita meyakini perkara ini, maka tidak akan ada ragu didalam hati. Tidak perlu risau jika cinta tidak kunjung tiba. Tidak perlu gelisah bertanya kerana cinta itu ada untuk kita.
Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita. Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.
Tak salah jual mahal time belajar ni, yakinlah dengan jodoh Allah. Jual mahal bukan bererti sombong, tetapi bijak mengawal perasaan. Letakkan cinta pada tempatnya. Jangan sampai menggelapkan mata dan hati. Untung dan ruginya manusia dapat diukur daripada sikapnya terhadap waktu.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman  dan mengerjakan amal soleh dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat- menasihati supaya menetapi kesabaran” – ( al-Asr ayat 1 – 3 )
.
rujukan:
1. kerana cinta harus memilih (Ust. Burhan Sodiq)

BELAJAR BAGAIMANA UNTUK MATI SECARA BAIK





mati secara baik
Tiada siapa boleh mengatakan dengan pasti bahawa esok dia masih hidup” ( Euripides )
Kehidupan ibarat perjanjian kontrak. Di dalam perjanjian kontrak, di dalamnya pasti terdapat tarikh akhir kontrak. Begitu juga di dalam kehidupan, pada akhirnya apabila masa yang dijanjikan sampai, kita akan ditarik nyawa dan pergi menemui Allah.

Mati Secara Baik
Dloh mengatakan dalam di dalam ‘hub’nya, “Memandangkan kematian adalah salah satu pengakhiran kepada sebuah kehidupan seseorang, maka kita perlu belajar bagaimana untuk mati secara baik”

Sekiranya mahu pergi meninggalkan dunia ini secara baik, maka perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan menjalani kehidupan ini secara baik. oleh itu, apa yang perlu kita pelajari untuk hidup secara baik? Jawapannya adalah kita belajar untuk mencintai Allah, Nabi Muhammad dan manusia.

Ramai manusia berjaya belajar mencintai Allah, tetapi gagal mencintai sesama manusia. Ada yang boleh diberi markah 100% di dalam pergaulan sesama manusia, tetapi solat selalu ditinggalkan. Maka ia masih boleh dikira gagal hubungannya bersama Allah. Oleh itu, Rasulullah mengajarkan kepada kita bagaimana caranya hidup dengan baik.

Pada suatu hari, semasa para sahabat sedang duduk di sisi Rasulullah, tiba – tiba muncul lelaki yang memakai pakaian yang begitu putih, berambut begitu hitam di hadapan mereka. Tidak kelihatan pada dirinya kesan – kesan musafir dan tiada sesiapa di kalangan sahabat yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi Muhammad. Dirapatkan kedua – dua belah lututnya ke lutut Rasulullah. Diletakkan dua tapak tangan di atas paha Rasulullah, seraya berkata, “Wahai Muhammad, terangkan kepadaku tentang Islam.”

Lalu Rasullah menjawab , “Islam itu adalah kamu bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Mekah sekiranya kamu mampu mengerjakannya.”

Lelaki itu berkata, “Kamu benar.” Maka kami berasa hairan kepadanya, dia yang bertanya, dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya, “Terangkan kepadaku tentang iman.” Baginda menjawab, “Iman itu adalah kamu percaya kepada Allah, para malaikat-Nya, para rasul-Nya, Hari Kiamat dan kamu percaya kepada qadar yang baik dan buruk.”

Lelaki itu berkata, “Kamu benar.” Dia berkata lagi, “Terangkan kepadaku tentang ehsan.”

Rasulullah berkata :

“Ihsan itu adalah kamu menyembah Allah, seolah-olah kamu melihatnya. Sekiranya kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.”
Berdasarkan hadis yang disampaikan oleh Ibnu Umar itu, maka dapat disimpulkan, bagi hidup secara baik maka kita perlu mempunyai tiga perkara iaitu Iman, Islam dan Ehsan. Dengan tiga perkara itu, kita akan terus berjalan lurus diatas landasan kehidupan yang benar dan bakal menatijahkan lorong kematian yang benar juga.

Mati itu boleh datang bila – bila masa sahaja , dan mereka yang bersedia menghadapinya sentiasa mempertingkatkan amalan masing – masing. Hati yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa takut kepada Allah dan akan menimbulkan fokus dalam kehidupannya, iaitu segala – galanya adalah kerana Allah.

Oleh itu, bukan mudah untuk mati dengan baik. Bagi mati secara baik, kita juga perlu mempunyai kehidupan yang bermakna dan baik juga. Semasa kita menentukan bagaimana kita menjalani kehidupan ini, secara tidak langsung jalan yang kita pilih itu akan menentukan bagaimana kesudahan kematian kita kelak.


mati secara baik. Seberapa selesa pun bilik tidur kita, betapa empuknya katil kita, dinginnya dengan ada ‘air-cond’ dalam bilik, ingatlah ini tempat tidur kita yang sebenarnya. Ya, semua kita akan berada di sini.


Tuesday, February 19, 2013

HIDUP TENANG BERSAMA ALLAH



Tenang...
Tenangnya hati tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
Tenangnya jiwa tidak boleh dipinjam oleh sesiapa,
Tenangnya akal tidak dapat di capai dengan kekusutan dunia.

Tenangnya bersama Allah,
Ketika aku tidur, Engkau selalu jaga dan melihatku lena,
Ketika aku sakit, Engkau menghapus segala dosa-dosa yang lama,
Ketika aku sesat, Engkau tarik aku kembali ke jalan-Mu,
Ketika aku sujud, Engkau hadirkan ketenangan dan harapan yang baru.


Tenangnya bersama Allah,
Engkau penjagaku setiap masa,
Memerhati setiap gerak geriku,
Mengabulkan doa-doa ku,
Dan membuat ku rasa selamat.

Tenangnya bersama Allah,
Bila keyakinan terhadap Mu telah tinggi,
Maka aku tidak takut lagi,
Tidak takut untuk mencari-Mu ketika aku susah,
Tidak lupa untuk memuji-Mu ketika aku senang,
Dan tidak sanggup untuk aku mengulangi dosa dan maksiat lama.

Tuhanku,
Aku rasa tenang bersama-Mu,
Dan aku ingin kembali untuk bertemu dengan-Mu,
Dalam keadaan yang Engkau redhai,
Kabulkanlah doa ini, Ya Rabb...


Sunday, February 17, 2013

MAKBULNYA DOA UWAIS


Hayati dan fahamilah maksud doa ini..

Wahai tuhan kami..berilah kepada kami perasaan takut kepada-MU yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami kesihatan yang menyampaikan kami ke syurga-MU dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia..Wahai tuhan kami..janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami dan janganlah engkau biarkan orang yang tidak takut menaruh kasihan belas terhadap kami dapat menguasai ke atas kami..Wahai tuhan kami..selamatkan kami dari segala penghinaan dan hukuman seksamu,ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat yang tiada TUHAN bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah Engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarilah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berikanlah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia-MU, Ya RABBI..