Dahlia..
Luka di hati
ini sangat dalam kau toreh.Sukar sekali untuk menyembuhkannya.Akan kubawa rajuk
ini sejauh-jauhny,jika ini yang kau mahukan.
Dani..
Andainya aku
dapat memutarkan kembali detik-detik hitam itu,pasti kesilapan serupa tak akan
ku ulangi.Sejujurnya,aku sangat kesal.
Kerana budi
dan janjinya kepada ayah Dani,Dahlia terperangkap.Kerana ekonomi syarikatnya
yang meruncing dan juga wasiat ayahnya,Dani telah bersetuju dengan syarat
Dahlia.Kedua-duanya telah berjanji tanpa berfikir panjang.Dani dan Dahlia
berkahwin kerana sebuah janji.Namun,belum setahun jagung usia perkahwinan
mereka ,fitnah telah membuatkan Dani hilang pertimbangan lalu tega mengasari
isterinya.Dahlia pergi membawa rajuk di hati.Selama berjauhan mereka mengalami
konflik jiwa akibat merindu.Oleh kerana masing-masing terikat dengan janji,maka
perasaaan itu menjadi salah faham dan berlarutan.Apakah janji-janji yang telah
dibuat sehingga merantai jiwa mereka dari berkasih sayang?
No comments:
Post a Comment