Jangan
remehkan orang yang berdoa, kerana mereka sedang meminta kepada Yang Maha Kuat.
Doa boleh menjadi jalan keluar di tengah-tengah kebuntuan upaya manusia.
Doa! Doa
bukanlah kebiasaan orang yang lemah. Ia merupakan senjata dan kekuatan orang
beriman. Bersihkan dan dekatkan diri kita kepada Allah, agar doa kita tidak
terhalang daripada-NYA..
Jika kita
menghadapi kesukaran, maka angkatlah tangan dan pohonkan kemudahan kepada-NYA.
Sekiranya kita selalu berusaha mendekatkan diri kepada-NYA, maka pada saat kita
mengangkat tangan berdoa *kesusahan* akan lari gementar ketakutan. Pada
akhirnya ia akan dikalahkan dan tempatnya akan digantikan dengan kemudahan.
Ada satu
nasihat yang indah berkenaan dengan hal ini. Nasihat ini mengingatkan bahawa jika
ada masalah yang menimpa diri, janganlah kita mengatakan, Wahai Tuhan, aku
mempunyai masalah besar. Tetapi katakanlah, Wahai masalah aku punya Allah Yang
Maha Besar.
Ketika
seorang yang beriman berdoa pada Tuhannya, maka dia berdoa dengan satu
keyakinan bahawa sebesar mana pun kesusahan yang dihadapinya, maka kesusahan
dan masalah itu hanyalah sesuatu yang kecil di hadapan Tuhan. Dengan begitu
kesusahan akan dapat diatasi pada akhirnya.
Saya
beberapa kali menghadapi kesusahan yang besar. Kadang-kadang kesusahann itu
terasa begitu berat dan bagaikan tidak boleh dihadapi atau diselesaikan.
Keadaannya hampir menimbulkan putus asa. Tidak Nampak langsung jalan keluar di
hadapan. Semua jalan seolah-olah buntu dan tiada jalan ke luar. Tetapi saya
selalu ingat bahawa Allah tidak akan memberi beban melebihi apa yang boleh
ditanggung oleh seseorang.
Sewaktu
menghadapi masalah begitu, saya akan memperbanyakkan membaca ayat terakhir
surah al-baqarah. Ini untuk mengingatkan diri saya sendiri bahawa Allah memberi
kapasiti yang sama kepada diri seseorang dengan kesusahan yang dihadapinya.
Selain itu, pada ayat tersebut terkandung sebuah doa agar kita dijauhkan
daripada beban yang berat. Berikut ini maknanya:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.(Mereka berdoa dan berkata): Wahai
Tuhan kami! Janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami
tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah
engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau
bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!
Janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.
Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami,dan berilah rahmat
kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu, Tolonglah kami untuk mencapai
kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
Selain doa
yang ada pada ayat di atas, banyak doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW
untuk menghilangkan kesusahan..Berikut ini adalah doa yang diajarkan oleh
Rasulluah kepada kita:
Ya ALLAH! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan
mudah. Sedang yang susah dapat Engkau jadikan mudah, apabila Engkau
menghendakinya..(riwayat Ibn Hibban)
Jika kita
adukan kesusahan yang kita alami kepada manusia, belum tentu dia boleh menolong
kita. Tetapi jika kita meminta pertolongan kepada Yang Maha Kuasa, maka
insyaallah kita akn dibantu dengan cara terbaik menurut hikmah-NYA..
Jadi,
sudahkah anda berdoa kepada-NYA dengan sungguh-sungguh?
Kesimpulannya,
di sini marilah kita bermuhasabah diri dan check iman kita sama ada ok ataupun
tidak. Saya selalu ingatkan diri saya anggaplah ujian dr ALLAH itu menunjukkan
bahawa ALLAH cinta saya..Dan bila kita diterima ujian dr ALLAH..kita niatkanlah
dalam hati aku kuat kerana ALLAH. Bila kita buat macam ni..pasti hati kita jadi
tenang..So,banyakkanlah berdoa dan bersabar..
No comments:
Post a Comment