Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana?
Mungkin dibenak kita segala ketakutan
akan menyergap. Takut sepanjang hari, takut tidak ada cinta yang hadir lagi,
takut hidup menjadi rapuh dan tidak menarik lagi. Yakinlah kepada Allah, bila
saatnya tiba, semuanya akan tersedia.Kita hanya perlu menundanya sahaja, jangan
sekarang, tetapi esok sahaja.
Yang kita perlukan sekarang adalah
fokus kepada tujuan hidup kita. Menciptakan asas yang kuat untuk masa depan
yang lebih hebat. Kita hanya perlu bersabar. Yakinlah bahawa Allah telah menyediakan
kita putera atau puteri cantik dan terbaik sebagai jodoh kita. Berganding
selamanya dalam pelukan cinta yang dalam dan menghangatkan. Bersama menuju
redha dan keampunanNya.
Banyak orang berganti – berganti
pasangan dengan alasan mencari cinta yang sebenar. Tapi
bagaimana dengan mereka yang tidak berpengalaman bercinta?
Adakah mereka akan sukar untuk
mendapatkan cinta?
Tentu sahaja tidak. Sebab cinta itu
boleh diciptakan, boleh ditumbuhkan, cinta tidak hadir tanpa alasan. Sudah
banyak orang membuktikan perkara ini. Asal niatnya benar dan berusaha dengan
benar serta tawakkal pada Allah, maka tidak ada yang tidak mungkin. Sebab itu
digalakkan cinta selepas kahwin.
Ingatlah, siapa yang mencipta hati
kita? Adakah kita sendiri? Bukan.
Yang menciptakan hati kita
adalah Allah. Allah yang berhak untuk menumbuhkan rasa cinta dihati
kita. Kita hanya berikhtiar mencari seseorang yang cocok di hati, dan Allah
dengan kekuasaan-Nya akan membuahkan rasa cinta di hati kita. Adakah kita yakin
dengan perkara ini?
Pernah tak anda terjumpa seorang gadis
yang membenci separuh mati kepada ex-teman lelakinya? Segala sumpah seranah
keluar dengan lancang, caci-maki berlari tanpa henti. Seolah-olah tiada sedikit
pun kebaikan pada teman lelakinya.
Tetapi waktu berjalan dengan
perasaannya pun berubah perlahan-lahan. Rasa bencinya berubah menjadi rindu.
Rasa kecewanya berubah menjadi pasrah, ingin bertemu dan ingin selalu merindu.
Itulah keajaiban hati yang telah Allah tentukan.
Bukan kita yang menggerakkan hati tetapi Allah yang selalu hadir untuk kita. Bila kita meyakini perkara ini, maka
tidak akan ada ragu didalam hati. Tidak perlu risau jika cinta tidak kunjung
tiba. Tidak perlu gelisah bertanya kerana cinta itu ada untuk kita.
Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga
kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk
kita. Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita
hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.
Tak salah jual mahal time belajar ni,
yakinlah dengan jodoh Allah. Jual mahal bukan bererti sombong, tetapi bijak mengawal perasaan.
Letakkan cinta pada tempatnya. Jangan sampai menggelapkan mata dan hati. Untung
dan ruginya manusia dapat diukur daripada sikapnya terhadap waktu.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan menasihati
supaya mentaati kebenaran dan nasihat- menasihati supaya menetapi kesabaran” –
( al-Asr ayat 1 – 3 )
.
1. kerana cinta harus memilih (Ust.
Burhan Sodiq)
No comments:
Post a Comment